Tuesday, January 28, 2014

Laporan pertama (Mesyuarat Agong)

Pada 15 Januari 2014 , satu perjumpaan kelab SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) telah diadakan di bilik SPBT pada jam 7.30 - 9.30 pagi . Perjumpaan ini telah dijalankan setelah bersurai daripada perhimpunan rasmi Kokurikulum . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

  1. Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi :

    Pengerusi : Syakira bt Nasaruddin - 5 Zamrud
    N.Pengerusi : Nurulatiqah bt Helan - 5 Delima
    Setiausaha : Siti Hadijah bt Samdin - 5 Intan
    N.Setiausaha : Nurul Ashiqin bt Abidin - 5 Geliga
    Bendahari : Eiza Azlin bt Mohd Eizan - 5 Nilam
    Biro Seliaan : Izzatul Niesya bt Johari - 4 Berlian
    Biro Data & Rekod : Nur Fadhilah bt Razali - 4 Berlian
    Biro Keceriaan : Siti Sarah bt Amri Shahlee - 2 Delima
    Biro Pengurusan : Bock Chuang Zher - 2 Berlian
  2. Membersihkan dan mengemas bilik SPBT
  3. Mengemaskini penyusunan buku teks mengikut subjek dan tingkatan supaya menjadi lebih teratur .
  4. Cadangan aktiviti akan datang :

    • Membaikpulih buku teks yang rosak dan mengasingkannya dengan buku teks yang masih elok .
    • Pelupusan buku teks yang tidak boleh digunakan lagi atau yang telah rosak
    • Menceriakan bilik SPBT dengan membuat carta organisasi , membuat jadual pengagihan tugas dan mengatur buku-buku teks 
    • Mengemaskini stok buku teks yang baru masuk untuk direkodkan
    • Proses membalut buku teks dengan mengadakan pertandingan membalut buku teks yang paling banyak secara berkumpulan .
    • Mencari dan menghapuskan nyamuk aedes di kawasan sekolah supaya tidak membiak
    • Mengecat rak buku teks bagi tujuan keceriaan bilik SPBT .