Tuesday, July 8, 2014

LAPORAN PROGRAM 1
MESYUARAT AGUNG KELAB SPBT 2014

1.         Nama Program         :MESYUARAT AGUNG KELAB SPBT 2014

2.         Tarikh                         :15 JANUARI 2014

3.         Hari / Masa                :Rabu (7.25 a.m. – 9.35 a.m.)

4.         Tempat                       :BOSS SMK Iskandar Shah

5.         Objektif                       :i. Melantik AJK tahun 2014.
                                                 ii. Merancang aktiviti taunh 2014

6.         Sasaran                     :28 pelajar Kelab SPBT

7.         Butiran aktiviti           : Melantik AK Kelab SPBT tahun 2014
                                                : Merancang aktiviti kelab sepanjang tahun 2014
                                                : Menetapkan yuran tahunan
                                                : Pengisian kad koku

8.         Kewangan                : Tiada

9..        Penilaian Program  :

8.1 Kekuatan           : Pelajar yang menjadi ahli memberikan kerjasama yang baik

8.2 Kelemahan         : Tidak ramai pelajar lelaki menjadi ahli kelab


            8.3 Cadangan Penambahbaikan : Jumlah pelajar lelaki ditambah..

 10.       Eviden           : (Sesalinan senarai peserta / sijil / gambar / brochure / lain).







Disediakan :                                                              Disahkan :


HADIJAH SAMDIN                                                  TN HJ ABU KASIM MD JANI
SETIAUSAHA KELAB SPBT                                 GURU PENASIHAT KELAB SPBT

SMKIS 2014.                                                             SMKIS 2014

Friday, February 7, 2014

Laporan ke-2

Mengira dan Mengemaskini Stok

Tarikh:29/01/2014
Masa:7.30-9.30 pagi
Tempat:Bilik SPBT

Laporan aktiviti.

Objektif:
-Bagi memastikan proses pemulangan dan pengambilan buku teks mudah dijalankan.
-Memastikan buku-buku tersusun dan diletak ditempat yang betul.

Laporan Gerak Kerja:
-Perhimpunan kokurikulum.
-Jumlah bilangan semua buku teks mengikut subjek dikira dan direkodkan.
-Buku-buku disusun mengikut subjek dengan keadaan yang teratur.
-Mengemas bilik SPBT setelah semua kerja merekod selesai.

Hasil Gerak Kerja:
-Buku-buku berjaya disusun dengan kemas mengikut subjek.
-Proses pengambilan dan pemulangan buku teks dapat dijalankan dengan teratur.

Tuesday, January 28, 2014

Laporan pertama (Mesyuarat Agong)

Pada 15 Januari 2014 , satu perjumpaan kelab SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) telah diadakan di bilik SPBT pada jam 7.30 - 9.30 pagi . Perjumpaan ini telah dijalankan setelah bersurai daripada perhimpunan rasmi Kokurikulum . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

  1. Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi :

    Pengerusi : Syakira bt Nasaruddin - 5 Zamrud
    N.Pengerusi : Nurulatiqah bt Helan - 5 Delima
    Setiausaha : Siti Hadijah bt Samdin - 5 Intan
    N.Setiausaha : Nurul Ashiqin bt Abidin - 5 Geliga
    Bendahari : Eiza Azlin bt Mohd Eizan - 5 Nilam
    Biro Seliaan : Izzatul Niesya bt Johari - 4 Berlian
    Biro Data & Rekod : Nur Fadhilah bt Razali - 4 Berlian
    Biro Keceriaan : Siti Sarah bt Amri Shahlee - 2 Delima
    Biro Pengurusan : Bock Chuang Zher - 2 Berlian
  2. Membersihkan dan mengemas bilik SPBT
  3. Mengemaskini penyusunan buku teks mengikut subjek dan tingkatan supaya menjadi lebih teratur .
  4. Cadangan aktiviti akan datang :

    • Membaikpulih buku teks yang rosak dan mengasingkannya dengan buku teks yang masih elok .
    • Pelupusan buku teks yang tidak boleh digunakan lagi atau yang telah rosak
    • Menceriakan bilik SPBT dengan membuat carta organisasi , membuat jadual pengagihan tugas dan mengatur buku-buku teks 
    • Mengemaskini stok buku teks yang baru masuk untuk direkodkan
    • Proses membalut buku teks dengan mengadakan pertandingan membalut buku teks yang paling banyak secara berkumpulan .
    • Mencari dan menghapuskan nyamuk aedes di kawasan sekolah supaya tidak membiak
    • Mengecat rak buku teks bagi tujuan keceriaan bilik SPBT .